Check
Nama Blacklist CCRIS dan CTOS.
Individu yang namanya
disenaraihitamkan(blacklist) selalunya gagal untuk membuat sebarang
pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain. Dua tempat untuk
mengetahui senaraihitam seseorang yang sering menjadi rujukan oleh perbankan
dan institusi kewangan adalah CCRIS dan CTOS.
Apa itu CCRIS?
o CCRIS ialah singkatan bagi
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Satu sistem yang mengumpul maklumat
mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada institusi kewangan dan
membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan. Maklumat ini
digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk
pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam
mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan
sesetengah pihak.
Apa itu CTOS?
o CTOS merupakan sebuah
syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang
tertunggak oleh peminjam.
o Bagi peminjam ingkar tidak
langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan
direkodkan dalam CTOS.
o CTOS juga berfungsi untuk
memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko
daripada memberikan pinjaman kepada pemohon.
Bagaimana Cara Check Nama Blacklist CCRIS dan CTOS Online?
Cara Semak atau Dapatkan Laporan CTOS
Sekiranya anda ingin tahu
samada nama anda tersenarai dalam CTOS, anda boleh melayari laman web CTOS Sdn
Bhd dan mendaftar sebagai pengguna:
o Cara pertama adalah dengan
mendaftar bagi mendapatkan CTOS ID Pengguna di Register CTOS Online. (Sila
Gunakan Refferal Kod ini : 1MJCGK,
klik *Check this code* )
Setelah CTOS ID Pengguna
diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa dan dimana
jua melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS.
Laporan CTOS anda adalah PERCUMA.
Pendaftaran CTOS juga adalah PERCUMA dan anda akan menerima
laporan berikut yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut :
1. Butir-butir
peribadi anda termasuk Nama, Alamat dan sebagainya
2. Maklumat
SSM mengenai Pendaftaran syarikat, directorship dan sebagainya
3. Butiran
sejarah Litigation – rekod tindakan undang-undang semada sebagai defendan atau
plaintiff
4. Rujukan
Perdagangan (Trade Referees)
Selepas pendaftaran,
anda akan memperolehi laporan seperti berikut:
1. Laporan MyCTOS kali Pertama
adalah PERCUMA
2. 2 laporan MyCTOS PERCUMA yang
dikemaskini setiap tahun iaitu pada bulan Januari dan Julai
3. Pemberitahuan PERCUMA untuk
rekod tindakan undang-undang baru
Cara Mohon Semakan Data CCRIS
Anda boleh memohon semakan data
dalam sistem CCRIS di seperti berikut:
Ikuti langkah-langkah dan
panduan seterusnya di laman web tersebut.
Semoga artikel ini
dapat membuat anda untuk membuat semakan rekod senarai nama CTOS dan CCRIS
secara online.